KEM BUKIT BERUNTUNG
Kem
Motivasi ini di adakan pada 12 julai 2011 sehingga 13 julai 2011 di Bukit
Beruntung. Disertai oleh semua anak bina yang seramai 73 orang ke semuanya.
Seramai 13 orang daripada 73 orang anak bina telah terpilih untuk menjadi
Fasilitator,yang terdiri daripada anak bina yang sudah lama dan mempunyai
prestasi yang cemerlang. Kem yang berjalan selama 2 hari ini diselitkan dengan
pelbagai aktiviti yang menarik antaranya jungle tracking di mana ke semua
peserta telah di bawa oleh sukarelawan merentasi perkampungan orang
asli di sungai buaya bukit beruntung. Walaupun kem ini hanya berjalan di dalam
kawasan institusi,tetapi Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak segala
aktiviti dan perancangan yang telah di atur berjalan dengan lancar dan
sempurna. Kem ini juga bertujuan untuk lebih mengeratkan lagi silaturahim
antara keluarga Baitul Islah disamping untuk memupuk semangat anak-anak bina
atau peserta supaya lebih gigih dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi
insan yang berguna serta berakhlak mulia disamping memunaikan segala kewajipan
yang telah diperintah oleh Allah S.W.T.
PROGRAM BERSAMA MAIS
Seminar yang dihadiri oleh 10 orang anak bina
LAWATAN MAHABBAH BAITUL ISLAH KE AL JENDERAMI PADA 30
APRIL 2011
Lawatan
Muhabbah ini telah disertai seramai 40 orang anak bina dari
BAITUL ISLAH, Rombongan
dari Baitul Islah tiba di AL -
JENDERAMI pada pukul 8.30 pagi.
Aktiviti dimulakn dengan sarapan pagi kemudian disertai
dengan taklimat ringkas tentang Al - Jenderami. majlis
dimulakan dengan bacaan RATIB AL - ATTAS dan di ijazahkan
oleh Tn Guru Hj. Muhammad Hafidz Bin Selamat.
Majlis berhenti
seketika bagi memberi laluan untuk rombongan berehat untuk
makan tengah hari. Aktiviti diteruskan dengan bacaan RATIBUL HADAD dan di
ijazah. Rombongan Baitul Islah di bawa melawat ke sekitar kawasan
AL - JENDERAMI dan majlis berakhir pada jam 3
petang.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA
MAJLIS PERASMIAN RUMAH BAITUL ISLAH
Majlis diadakan pada AHAD 24 JULAI 2011
22 SYAABAN 1432 H di kediaman kami.majlis dirasmikan oleh
ustaz MOHD ROSLAN.pihak Baitul Islah telah menubangkan 2ekor kambing.
Majlis berbuka puasa bersama NGO FITRAH
Majlis diadakan pada 13-08-2011 di KOTA KEMUNING SHAH
ALAM
Seramai 40 orang anak bina yang di pimpin Ustaz Mohd Roslan.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA
Pada 20 Ogos Pusat Jagaan Baitul Islah telah mengadakan
majlis berbuka puasa bersama sukarelawan, ibubapa dan anak bina yangtelah
diadakan di perkarangan Baitul Islah. Majlis bermula pada jam 6.30 petang
dengan ketibaan para tetamu. Majlis dimulakan denganbacaan Yasin yang diketuai
oleh Pengetua Baitul Islah iaitu Ustaz Roslan,kemudian majlis berhenti untuk
berbuka puasa dengan kurma serta air dan solat maghrib berjemaah.Setelah
selesai solat pihak Baitul Islah memberi ruang kepada keluarga untuk bertemu
dengan anak mereka serta menjamu selera bersama. Kemudian majlis diteruskan
dengan solat isyak dan terawih bersama-sama.tazkirah ringkas disampaikan oleh
Ustaz Roslan.Majlis tamat pada pukul 11 malam.
PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI RAYA
Pada 29
Ogos 2011 iaitu sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, kami telah
mengadakan persediaan untuk menyambut hari
raya iaitu dengan membakar lemang, membuat dodol, ketupat, rendang dan pelbagai lagi. Semua hidangan tersebut di masak
sendiri oleh anak-anak bina bersama dengan Ibu dan Ayah dan bergotong royong melaksanakannya. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi
hubungan antara anak bina dengan Ibu dan Ayah. Aktiviti ini bermula pada pukul 7 pagi dan berterusan sehingga lewat petang.
raya iaitu dengan membakar lemang, membuat dodol, ketupat, rendang dan pelbagai lagi. Semua hidangan tersebut di masak
sendiri oleh anak-anak bina bersama dengan Ibu dan Ayah dan bergotong royong melaksanakannya. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi
hubungan antara anak bina dengan Ibu dan Ayah. Aktiviti ini bermula pada pukul 7 pagi dan berterusan sehingga lewat petang.
SAMBUTAN RAYA BERSAMA
KELUARGA(11 September 2011)
Majlis
sambutan raya bersama dengan keluarga dan jiran serta sukarelawan.majlis mula
pada pukul 2 sehingga 6 ptg untuk jemputan sukarelawan dan jiran. Kemudian pada sebelah malam bermula pada pukul 8 malam
sehingga jam 11 malam untuk jemputan keluarga.
As salam..wah da berbeza Baitul Islah sekarang. Semoga ayah dan ibu sihat dan bahagia di samping keluarga dan anak2 bina..
BalasPadamassalamualaikum..ada tk untuk lelaki?
BalasPadamTerima kasih ibu ayah .....yang banyak didik kami semua...dan menjaga kami semua ......
BalasPadamAssalamualaikum...rindu sangat dekat ayah dan ibu..semoga allah permudahkan urusan ayah dan ibu di dunia dan jugak di akhirat,
BalasPadamNUR ، أعمل دائما أمى وكان ذلك تعليمى عندما حدث ذلك. ISYAAAHA
Assalamualaikum . Apekhabar ayah ibu disana . Ome Rindu sgt . Semoga ayah ibu sehat² sahaja . Semoga ALLAH merahmati ayah dan ibu .
BalasPadam